Jumaat, 27 November 2015

Aku tidak tahu mengadu pada siapa

Aku tidak tahu mengadu pada siapa ... Aku dari kecil di ajar sembahyang dan mula memasuki alam kejahilan dan kini aku mulakan semula tuntutan agama. Sehari 17 kali kita mengadu pada Allah iaitu dengan bacaan Al- Fatihah di setiap sembahyang.. Aku mengadu pada Allah kerana hanya Allah sahaja tempat aku bergantung namun hati kecil ini masih rasa ragu-ragu.. Kenapa? kemungkinan hati ini masih rasa kebergantungan itu terletak pada manusia lain...
YA Allah ..

Aku Cukup Kaya

Aku cukup kaya sebab Tuan aku paling kaya, Siapa tuan hang?  Tuan aku yang memiliki khazanah langit dan bumi.. Aku nak ,Aku mintak kat Dia. Dia memberi kepada aku dengan cara yang Dia kehendaki. Tiada lagi hamba Allah yang berkata Ya Rabb ,yang sujud kepada dia Allah tinggalkan dia mati dalam kelaparan ..Tidak sama sekali..

Allah bersama dalam sangkaan hambaKU terhadapKU maka bila kita kata YA Rabb , Kita sangka dan yakin Allah terima doa kita dengan cara Dia kehendakiNYA .
Berapa banyak yang kita minta , kita sangka Allah tak terima , itu kita yang rasa tapi pada hari yang kita mintak dengan hari ini yang kita duduk berapa puluh masalah yang kita langkah dan berapa puluh masalah yang kita selesai maka pada hari kegopohan kita mintak pagi , petang satgi dia mai..sesunguhnya manusia ini gopoh tapi kadang-kadang Allah didik kita, Allah asuh kita .
Kita kena ingat kita bukan kuli yang mintak kat bos tau?
Kita ni hamba Allah ,  Allah nak kita rendah diri.. Bila kita sujud ,kita menangis , bukan apa Allah nak selamatkan kita dari takbur ,sombong
kata hamka : Bukan Allah tidak beri , Allah mahu supaya kita benar-benar tunduk ,bila benar-benar tunduk ,kita dapat pahala , Allah sayangkan kita , baru Allah bagi yang kita mintak dengan kadarnya sebab Allah tak mau kita terlajak terlalu lebih.

Hidup ini jika kita lihat penuh dengan dukacita dan tidak ketidak keadilan .. Cuba kita lihat ada orang bodoh tapi duduk dalam keluarga yang kaya.Nampak ? dan kadang- kadang dia baik tapi dia ditimpa kesihatan yg kurang baik . " Dunia Ini Tidak Adil " bukan Allah tidak adil tapi manusia telah catur ia sehingga tidak adil.

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini kemungkinan manusia ini ada private jet dia sendiri dan Allah hanya masukkan dia secelup ke neraka lalu di angkat dan dia telah lupa kenikmatan di dunia .. Hanya dengan secelup , dia telah lupa cerita dunia.

Kalau kita renung betul-betul hayat perjalanan kita , Masyaallah . Berapa banyak perkara yang kita agak macam lain , ia berlaku macam lain .
Berapa banyak yg kita rasa kebetulan ,hari kita tahu bahawasanya ia bukan kebetulan kerana peristiwa itulah aku berada di suatu tempat yang macam ni.

Aku ini tersangatlah jahil namun kejahilan yang ada di cermin yang aku lihat sendiri ada jugak niat yang baik namun niat itu tidak dapat aku tunjukkan kerana ia bukan kebetulan tapi suratan..
kini hati ini sangat-sangat gundah kerana berhutang jutaan ringgit..
Mungkin aku tiada hubungan dengan Allah , hati sentiasa berkata hidup ini nak pi tera mana , tera ni la.. Selagi mana dunia yang penuh dengan perhiasan yang menipu, yang sia-sia, yang main-main..

Kita nampak dia ni kaya  tinggal dirumah yang besar dan mewah tapi kita tau susah hati dia ? kadang-kadang duduk dirumah yang buruk ,susah hati dia takdak macam orang yang kita nampak mewah tu. Cerita dia bukan suruh duduk rumah buruk tapi soal kebahgiaan..